Monday 1 April 2013

Kenapa Perlu Memilih Kursus Yang Betul Untuk Belajar.

Sumber


Semestinya pelajar-pelajar lepasan SPM 2012 kini sedang berfikir apakah kursus yang sepatutnya mereka pilih untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS. Kebanyakan pelajar akan mengambil kursus yang mereka minat dan selari dengan cita-cita mereka. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam pemilihan kursus yang akan diambil oleh anak-anak mereka.

Pemilihan kursus yang betul adalah penting untuk menjamin masa depan pelajar tersebut. Kita tidak boleh menilai hanya dari satu sudut sahaja. Bahkan kita kena lihat secara keseluruhan berkenaan kursus yang akan kita pilih. Ini kerana ia melibatkan masa depan pelajar itu sendiri.



Jadi kenapa kita perlu memilih kursus yang betul untuk menyambung pengajian ke IPTA/IPTS


  1. Memastikan kita tidak tersalah pilih kursus yang kita minat : Pelbagai dilema yang melanda pemikiran pelajar dalam memilih kursus yang sesuai dengan minat mereka. Jika minat ditanam minat itu sejak kecil, mungkin pelajar ini telah fokus pada satu-satu bidang sahaja.
  2. Kursus tidak mempunyai pasaran kerja yang luas : Masalah ini mungkin tidak kelihatan besar ketika pemilihan kursus dibuat. Ketika belajar juga tidak nampak masalah ini. Kerana pelajar dan ibu bapa tahu yang mereka atau anak-anak mereka akan mendapat pekerjaan tidak kira bidang apa yang diceburi. "Asalkan masuk universiti senang nanti dapat kerja". Pendapat ini silap sama sekali. Kerana fakta membuktikan ramai graduan-graduan yang masih menganggur.
  3. Sistem pembelajaran di dalam IPTA/IPTS mestilah membantu bidang kerjaya yang bakal diceburi : Ini masalah utama mengapa ramai graduan menganggur. Kerana tidak didedahkan dengan suasana bekerja. Hakikat apa yang dipelajari di IPTA/IPTS hanya menyumbang 10%  apa yang diperlukan dalam pekerjaan. 
Malangnya masih ramai yang tidak dapat memilih kursus berdasarkan kriteria-kriteria di atas. Lebih-lebih lagi apabila memohon untuk memasuki IPTA. Kebanyakan pelajar tidak dapat pilihan kursus yang pertama diminta kerana saingan yang sengit. Ini berlaku kerana hampir semua pelajar cenderung untuk memilih IPTA berdasarkan yuran yang lebih murah. Maka pelajar yang lebih cemerlang akan diberi keutamaan mendapatkan kursus pilihan pertama. Pada yang kurang cemerlang akan diberikan kursus-kursus pilihan lain yang mungkin tidak mengikut kriteria-kriteria di atas. 
Dan lebih malang lagi apabila pelajar memasuki IPTA kerana terpaksa ambil kursus yang diberikan. Ini menyebabkan kebosanan semasa belajar dan akan memberi impak besar kepada keputusan peperiksaan dan pekerjaan. 
Setakan ini sahaja. Jika anda ada kriteria-kriteria lain sila tuliskan di ruangan komen. Kami mengalu-alukan pendapat anda. 

Dapatkan kursus-kursus yang memenuhi kriteria anda di sini.

No comments:

Post a Comment