Program Khas Pembangunan Diri Pelajar



Program Khas Pembangunan Diri Pelajar(PKPDP) adalah satu program yang ditubuhkan bagi membantu pelajar-pelajar lepasan sekolah untuk melanjutkan pelajaran ke IPT untuk mendapatkan minima sebuah Diploma. Namun begitu pelajar yang menyertai PKPDP akan digalakkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah, Master dan PhD setelah menamatkan pengajian dalam bidang Diploma. PKPDP juga menyediakan peluang Foundation untuk Bidang Perubatan dan Ijazah bagi mereka yang telah memiliki Diploma.

Kelebihan Program PKPDP

  1. Membantu pelajar untuk memilih jurusan : Kami membantu pelajar untuk memilih jurusan yang mempunyai peluang kerjaya yang tinggi dan serasi dengan minat pelajar tersebut. Dan kami akan pastikan pelajar tersebut memilih jurusan yang tepat untuk masa depan mereka.
  2. Menjamin pendidikan Diploma sebagai peringkat pendidikan minima : Menjamin pendidikan Diploma sebagai peringkat pendidikan minima kepada semua lapisan pelajar khususnya bagi pelajar yang memperolehi percapaian yang rendah dan menyediakan ruang atau peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 
  3. Pelajar tidak akan terkeluar : Jaminan penyertaan pelajar tidak akan terkeluar dari Program Khas Pembangunan Diri Pelajar walaupun sekiranya pelajar gagal semasa pengajian di IPT.
  4. Kaunselor Khas Sendiri : Mempunyai kaunselor khas selain kaunselor di tempat mereka belajar yang berfungsi sebagai fasilitator kepada pelajar sepanjang pengajian mereka.
  5. Motivasi secara berperingkat : Memberi bimbingan dari masa ke semasa kepada pelajar serta menjaga kebajikan berkaitan pelajaran dan sesi pembelajaran sepanjang sesi pengajian, melalui alat bantu bimbingan kami.



Visi PKPDP

Menjadi salah sebuah organisasi berteraskan pembangunan pendidikan serta kerjaya yang berpotensi, berdaya saing tinggi selaras dengan era globalisasi.



Misi PKPDP

Membantu, memudah cara serta mendorong kebanyakan pelajar yang tidak mempunyai hala tuju yang jelas, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mengetengahkan bidang yang berpotensi tinggi untuk peluang kerjaya di pasaran semasa


Siapa Yang Layak Menyertai PKPDP?

  1. Lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang, sederhana dan rendah.
  2. Lepasan SPM yang gagal dalam SPM
  3. Pelajar Lepasan Tingkatan 3
  4. Pelajar yang tercicir di alam persekolahan 
  5. Pelajar yang tidak sempat atau tidak dapat menghabiskan persekolahan di tingkatan 1/2/3/4/5.
  6. Mereka yang dah bertahun-tahun atau berpuluh tahun menamatkan zaman persekolahan tetapi tidak melanjutkan pelajaran ke mana-mana
  7. Mereka yang berkeinginan untuk mengambil Ijazah dalam Bidang Perubatan tetapi tidak terpilih.
  8. Pemegang Diploma yang mahu melanjutkan pelajaran.
Untuk Senarai Jurusan PKPDP sila klik sini