Sunday 7 April 2013

Kenapa anda mesti menyertai PKPDP


Saban tahun beratus ribu pelajar menduduki perperiksaan SPM. Ada yang cemerlang, ada yang di tahap sederhana, ada yang cukup-cukup makan, ada juga yang gagal. Kecemerlangan dan kegagalan seseorang pelajar dalam perperiksaan bukan sahaja bergantung kepada sikap pelajar sendiri yang rajin atau malas, tetapi ia juga melibatkan faktor persekitaran seperti tekanan dari keluarga, rakan-rakan, guru dan masyarakat.

Program Khas Pembangunan Diri Pelajar(PKPDP) mencuba sedaya upaya untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Jadi, kenapa anda perlu menyertai PKPDP?





  1. PKPDP bertanggungjawab membantu anda memilih jurusan yang terbaik : Pelajar-pelajar selalunya menghadapi dilema dalam memilih jurusan untuk melanjutkan pelajaran. Pelbagai persoalan timbul kerana pemilihan jurusan melibatkan minat, pasaran pekerjaan, dan jumlah yuran yang perlu dibayar. Disini PKPDP akan membantu pelajar untuk memilih jurusan bedasarkan minat pelajar. Jurusan-jurusan di dalam PKPDP juga merupakan jurusan yang mempunyai jaminan pasaran pekerjaan yang luas. PKPDP juga memilih yuran yang paling murah dalam setiap jurusan yang mempunyai cara pembelajaran yang sama dan pengiktirafan yang sama.
  2. PKPDP memantau prestasi seseorang pelajar : Apabila seseorang pelajar melanjutkan pelajaran ke IPT, dan tinggal berjauhan dari ibu bapa. Maka tidak ada pemantauan dari segi kehadiran dan prestasi pelajar di dalam kelas. PKPDP mengambil tanggungjawab ini untuk membuat pemantauan secara berkala untuk memastikan prestasi pelajar tersebut dapat ditingkatkan dan menamatkan pengajian tanpa perlu mengulangi semester.
  3. PKPDP menjadi kaunselor khas : Kaunselor yang ada di setiap IPT tidak akan tahu masalah setiap pelajar jika pelajar tidak meluahkan masalah mereka. Dan pelajar IPT yang terlalu ramai mungkin menyibukkan lagi kerja kaunselor sehingga tidak dapat memberi tumpuan pada seseorang pelajar. Kerana memahami masalah ini, PKPDP mengambil langkah untuk memberi bimbingan, semangat dan motivasi kepada pelajar. PKPDP juga bersedia untuk menjadi pendengar yang terbaik segala masalah pelajar dan membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Motivasi secara berperingkat akan diberikan pada setiap pelajar.
  4. PKPDP menggalakkan pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi : Pelajar-pelajar di bawah PKPDP tidak hanya tertumpu pada diploma. Kami menggalakkan pelajar menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Sekarang kita dan mengetahui mengapa anda perlu mendaftar dengan PKPDP. Buka minda anda, anda mungkin tidak akan mendapat perkhidmatan sehebat PKPDP di tempat lain. Daftar di sini

No comments:

Post a Comment