Sumber |
Setiap pelajar mahu menjadi pelajar cemerlang. Tetapi ramai
yang tercari-cari bagaimana ciri-ciri untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
- Menggunakan
kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat
aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- Merangsang
kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita
ingat 10% apa yang dibaca
- kita
ingat 20% apa yang didengar
- kita
ingat 50% apa yang didengar & dilihat
- kita
ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita
ingat 90% setelah dipraktikkan
- Belajar
secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
- Belajar
3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
- Belajar
dalam persekitaran kondusif.
- pastikan
cahaya adalah terang
- kurangkan
gangguan bunyi
- tampal
poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
- tampal
gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi
dan meja menghadap kiblat
- jangan
lupa untuk senyum
- Tidak
ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
- Mengulang
kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak
menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca
buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab
soalan.
- Tahu
teknik merangsang memori:
- memasukkan
maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan
maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat
kembali (recall)
- menggunakan
maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
- Sentiasa
awal dan mendahului:
- persediaan
awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang
positif pada guru.
- pelajar
yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- belajar
awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- untuk
sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum
guru mengajar.
- Berbuat
baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
- Mempunyai
teknik membaca yang betul:
- duduk
dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan
tumpuan sepanuhnya
- menggunakan
jari telunjuk untuk membaca
- menyesuaikan
kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
- Sentiasa
mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh &
malas.
- Membaca
doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji,
dan sebelum menghadapi peperiksaan.
- Tidak
membuang masa dengan belajar ketika letih.
- Mengadakan
rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
- Belajar
mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological
clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar
iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,
selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
- Mengulang
kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa
80% selepas belajar).
- Mengulang
kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
- Tahu
mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum
peperiksaan.
- Mengulang
kaji pelajaran berulang-ulang kali.
- Mengulang
kaji apabila mulai terlupa.
- Tahu
petua mengulang kaji:
- cari
tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan
semua 'bekalan' dengan sempurna
- duduk
tegak dikerusi yang selesa
- baca
doa penerang hati
- baca
buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
- fikir
dan ingat kembali isi utama
- catat/lakar
- semak
semula ketepatan maklumat
- ulang
sebut atau ceritakan pada orang lain
- buat
rumusan
- jawab
soalan
- tampal
maklumat yang rumit di dinding
- baca
doa tanda kesyukuran selepas belajar
- Tahu
memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat
khabar, melawat rakan dan sebagainya.
- Tahu
petua-petua agar tidak lupa:
- jangan
makan kepala ikan
- jangan
makan organ dalaman
- jangan
minum semasa makan
- jangan
minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan
melihat kemaluan
- banyakkan
makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan
makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan
makan kekacang
- pakai
minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan
makan sehingga terlalu kenyang
- jangan
kencing berdiri
- Tahu
kemahiran mengingat:
- tampal
nota-nota penting di dinding
- tukar
perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- gunakan
kaedah akronim
- reka
cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan
maklumat kepada kumpulan kecil
- Cekap
mengatur jadual belajar:
- mempunyai
jadual belajar
- patuh
kepada jadual
- buat
jadual yang boleh diikuti
- Tidak
menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai
dorongan untuk belajar.
- Cari
maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara
yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
- Membina
kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan
cara dan topik untuk belajar.
- Menggunakan
masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
- Membawa
nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
- Pelbagaikan
tempat belajar.
- Menyedari
guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
- Menjadikan
nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan
sebagainya.
- Ciri-ciri
pelajar cemerlang:
- taat
kepada Allah
- mendirikan
sembahyang
- menghormati
kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati
& sayangi guru
- bersungguh-sungguh
dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- suka
pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu
rakan yang memerlukan
- berdoa
dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa
bertawakal
- mahir
dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga
cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya.
Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.
Semoga bermanfaat. :)
No comments:
Post a Comment