Saturday 20 April 2013

10 Pekerjaan Paling Dikehendaki Di Malaysia




Pelbagai pekerjaan ditawarkan di negara ini dan juga banyak peluang pekerjaan yang setiap hari diiklankan melalui surat khabar, internet, dan lain-lain. Tapi anda harus peka peluang pekerjaan apa yang banyak dikehendaki di Malaysia kini?Anda dapat mengetahui peluang pekerjaan mana paling banyak di Malaysia kini. Dengan ini anda dapat melakukan persediaan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di sesebuah syarikat di Malaysia.Oleh itu, bidang pekerjaan apa yang paling dikehendaki dan diperlukan di Malaysia kini?Sekarang kita lihat peluang pekerjaan tersebut.


Sunday 7 April 2013

Kenapa anda mesti menyertai PKPDP


Saban tahun beratus ribu pelajar menduduki perperiksaan SPM. Ada yang cemerlang, ada yang di tahap sederhana, ada yang cukup-cukup makan, ada juga yang gagal. Kecemerlangan dan kegagalan seseorang pelajar dalam perperiksaan bukan sahaja bergantung kepada sikap pelajar sendiri yang rajin atau malas, tetapi ia juga melibatkan faktor persekitaran seperti tekanan dari keluarga, rakan-rakan, guru dan masyarakat.

Program Khas Pembangunan Diri Pelajar(PKPDP) mencuba sedaya upaya untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Jadi, kenapa anda perlu menyertai PKPDP?


Thursday 4 April 2013

21 Teknik Pembelajaran yang Betul dan Berkesan (UPSR/PMR/SPM)



Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

  1. Tidak mensia-siakan biar pun seminit : Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
  2. Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi : Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Monday 1 April 2013

Kenapa Perlu Memilih Kursus Yang Betul Untuk Belajar.

Sumber


Semestinya pelajar-pelajar lepasan SPM 2012 kini sedang berfikir apakah kursus yang sepatutnya mereka pilih untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS. Kebanyakan pelajar akan mengambil kursus yang mereka minat dan selari dengan cita-cita mereka. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam pemilihan kursus yang akan diambil oleh anak-anak mereka.

Pemilihan kursus yang betul adalah penting untuk menjamin masa depan pelajar tersebut. Kita tidak boleh menilai hanya dari satu sudut sahaja. Bahkan kita kena lihat secara keseluruhan berkenaan kursus yang akan kita pilih. Ini kerana ia melibatkan masa depan pelajar itu sendiri.

Sunday 31 March 2013

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Sumber

Setiap pelajar mahu menjadi pelajar cemerlang. Tetapi ramai yang tercari-cari bagaimana ciri-ciri untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa: